Pages

Sunday, December 30, 2012

Solah

Bismillahirrahmanirrahim....

While surfing instead of studying though the exam just one week to go, i've found this:-

Jalankan 8 solat dalam sehari dengan konsisten:

1. Solat Subuh
2. Solat Sunat Dhuha
3. Solat Zohor
4. Solat Asar
5. Solat Maghrib
6. Solat Isyak
7. Solat Sunat Taubat/Hajat
8. Solat Sunat Tahajjud 


Allah, I really want to be an ummah that consistent doing this....

~~Kuatkanlah imanku, tingkatkanlah imanku...~~

Let's start slowly....

1- Berusaha untuk solat di awal waktu.. Jangan berlengah, disiplinkan diri..
2- Cuba cari kesempatan untuk Dhuha..
3- Belajar tidur awal (jam 10 mlm) dan cuba bangun jam 12 mlm...
4- Cuba tingkatkan kekerapan..
5- Niat yang ikhlas kerana Allah, pasti akan dapat melawan segala kekangan... InsyaAllah...

Pernah seorang Ustaz berkata, "Bukan kuantiti ibadah yang dikira, tetapi konsisten dalam beribadah itu lebih penting..."
 


Monday, December 24, 2012

Kisah IELTS...

 Bismillahirrahmanirrahim....

2 weeks ago (24th Nov 2012), Bunga da attend pun exam IELTS... Alkisahnya begini:

Dengan penuh debaran yang teramat, Bunga masuk melangkah ke dalam bilik exam... Bunga sendiri pun tak tahu kenapala nervous sangat hari tu. Mungkin memikirkan yurannya yang mahal, maka kalau Bunga kena repeat balik, alamat makin mengecil la amaun dalam buku bank Bunga...
 
Ok, untuk exam ni, kita tidak akan dibenarkan membawa masuk apa-apa barang, mahupun alat tulis melainkan kad pengenalan kita sahaja. Bila Bunga duduk jer atas kerusi dalam bilik beraircond yang sangat sejuk tu,satu benda yang mengejutkan Bunga ada di atas meja. Alat tulis yang disediakan hanyalah sebatang pensil dan satu pemadam. Tapi bukan itu yang mengejutkan Bunga.. Yang Bunga terkejut adalah, pensil yang disediakan adalah seperti ini:


waaaa.... ni pensil zaman sekolah rendah ni... dah lama tak main tarik tekan tarik tekan.... hehehehehe....:D
p/s: gambar tak cantek sebab Bunga tak perasan setting camera telah diubah oleh askar2 di rumah... :(

Lepas tu, kami (kesemua calon) terus diberikan sedikit taklimat sebelum kertas jawapan diedarkan. Kemudian, sedikit taklimat lagi berkenaan cara menulis jawapan pada kertas jawapan sebelum kertas soalan diberikan.... Lepas itu, kertas soalan diedarkan dan lagi sekali taklimat diberikan sebelum kami dobenarkan membuka kertas soalan... tepat jam 8 pagi, peperiksaan bermula... mula-mula listening test.. lepas tu reading, kemudian writing... ketiga-tiga ujian ni dijalankan berturut-turut tanpa rehat.... tamat sahaja listening test, kami hanya sempat bernafas 3 kali sebelum readingn test bermula.. samalah juga ketika gap antara reading dan writing test.... So, dinasihatkan anda menyelesaikan hajat terlebih dahulu sebelum ujian bermula... percayalah, masa yang diberikan untuk menjawab soalan amatlah berharga sehinggakan anda tidak akan sanggup mengangkat kepala sekali pun..... (satu nasihat dari manusia yang tak pandai bahasa inggeris... hehehehe...)

Ok, listening test berlalu dengan sangat sadis, begitu juga dengan reading test.... entah kenapa, sangat susah nak fokus listening test tu... reading pun lebih kurang.. terasa masa yang diberikan tidak cukup untuk Bunga membaca beribu-ribu patah perkataan yang sukar tu... topik yang digunakan juga sangat complicated... mungkin juga Bunga sangat-sangat nervous hari tu... Actually, Bunga sangat risau sekiranya result yang akan Bunga perolehi tidak menepati kriteria yang disyaratkan oleh TPM.... Ye lah, kalau nak amik balik IELTS ni, kena bayar yuran yang sangat mahal tu, n kena travel jauh lagi nk amik exam... sangatlah tidak sanggup... yer, nervous tu menjadi salah satu penyebab Bunga sukar untuk fokus hari tu... plus, xder experience  sebelum ni, plus kurang latihan, plus Bunga punya English memang xleh pakai... huhuhu....

Tp, untuk writing dengan speaking, Alhamdulillah, Bunga boleh buat dengan lancar... Tapi, ends up, result untuk semua jenis test tu samer jer.... cumer speaking jer tinggi sket dr yang lain.... hahahahahahahahahahahahaha....

Tapi walaubagaimanapun, Bunga bersyukur sangat sebab Bunga melepasi kriteria yang dikehendaki oleh UiTM untuk biasiswa TPM tu...  Alhamdulillah, walaupun tak tinggi (macam empunya badan), tp melebihi syarat yang ditetapkan... yippeeee..... so, bolehla Bunga teruskan dengan mengisi borang perjanjian....(^_^)


~~Thank You Allah~~

Wednesday, November 14, 2012

BIla dah dapat satu, biasanya ada yang lain menyusul...

Bismillahirrahmanirrahim.....

Agak lama tak mengarang entry dek kesibukan yang agak melampau.... Ya, sering tidak pandai mencari kesempatan.... Sigh.....

Sibuk dengan kelas, assignment yang selalu disiapkan di akhir waktu, kerja, preparation IELTS, dan borang-borang utk agreement scholar y terrrrsangat banyak, dan of course masa untuk diri sendiri serta keluarga yang paling banyak bahagiannya.... hehe...

Musim cuti sekolah ni, banyak undangan perkahwinan dari rakan-rakan.... Seronoknya membina badan di kenduri orang... hehehe....

Tapi, apa yang nak dikongsikan di sini adalah berkenaan rezeki Allah S.W.T.... sebelum memulakan pengajian, pantang ada peluang untuk memohon biaya pelajaran, semuanya disambar dengan penuh pengharapan... Paling tidak, biarlah salah satu melekat... Bila dipanggil temuduga (UiTM Perlis & Shah Alam), mula bersengkang mata menelaah dan berlatih dengan harapan tiada kegagapan mahupun kegugupan diwaktu sesi temuduga...

Dan kini, segala usaha membuahkan hasil bila impian yang dipendam sejak bertahun-tahun menjadi kenyataan.... Surat tawaran Biasiswa TPM UiTM Perlis tiba di halaman kami sebulan yang lalu.... Memang syukur dan gembira bukan kepalang.... Khabar dari sana yang menyatakan bahawa Biasiswa TPM dari Fakulti (Shah Alam) akan dibatalkan memandangkan penerima biasiswa tidak akan berulang memberikan sedikit kelegaan kerana tidak perlu risau untuk memilih....

Minggu lepas, pihak MARA menyampaikan satu berita gembira kerana permohonan pinjaman bolehubah yang dipohon telah diluluskan.... Sedikit gembira.. Namun, sudah pasti ianya ditolak memandangkan sudah ada yang lebih baik (InsyaAllah) sedang menanti....

Namun, beberapa hari yang lalu, satu surat telah menyapa inbox Gmail... (p/s: nak tulis peti masuk sebagai inbox, tapi rasa macam lucu pulak... kekekek...) Dari Fakulti Sains Komputer UiTM!!!! Alhamdulillah, satu lagi tawaran TPM UiTM dari fakulti.... Ternyata, khabar sebelum ini salah... Dan diri mula berada dalam keadaan dilema untuk memilih.. Walaupun ianya adalah biasiswa yang sama, perbezaan bidang dan tempat sedikit menjadi isu..... Namun, syukur Alhamdulillah.... Kekeliruan dalam memilih tidak lama... Setelah berbincang dengan keluarga dan sahabat, TPM Perlis nekad dipilih...


Hari ini, sekali lagi inbox Gmail diperiksa.... Alhamdulillah.... satu lagi tawaran diperoleh... Tajaan MyMaster (MyBrain15) dari KPT (Kementerian Pengajian Tinggi)... Walaupun hati sudah pasti untuk menolak, rasa gembira mendapat tawaran tetap ada....

Walaupun, hanya satu diperlukan manakala yang lain perlu ditolak, paling tidak semua permohonan mendapat maklumbalas yang positif.. Almaklumlah, perasaan kita ditolak jauh berbeza dengan bagaimana rasanya jika kita yang menolak... Rasa sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang untuk diri ini merasa gembira...

Tuesday, October 23, 2012

Another "pembaziran"

Bismillahirrahmanirrahim.....

Hello guys.... Wanna show my new tablet..... Yipppeeeyyyy....!!!!
Why is it so hard to find gadgets with lilac (soft purple) in color???? Instead of white, I take the soft pink to match the purple case ---> my mom's advice.... I wanna take the white one, but my mom said the pink one match better.... Ok Ummi..... :D
Is this a type of waste??? Depends on the function right?? So, I'll make sure that it will not be a wasteful thing.... ngeeeee ;)
 

Monday, October 22, 2012

Terima kasih Ya Allah....


Bissmillahirrahmanirrahim...

Yeay, da masuk bulan Oktober.... Kenapa ye Bunga excited sangat ni??? hehehehe.... Sebab, hujung bulan ni, genaplah Bunga berusia 24 tahun... Cakap pasal umur tu lain kali la eh... kali ni Bunga nak cerita pasal sesuatu yang sudah lama Bunga impikan, dan kini telah pun menjadi kenyataan.. Apa tu??? jeng... jeng... jeng....

Terlebih dahulu, Bunga ingin panjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dan izinNya, impian Bunga selama ini dapat dipenuhi... Sesungguhnya, rezeki yang kita perolehi, tidak lain tidak bukan datang dari Allah S.W.T..

Ingat lagi tak sebelum ni Bunga pernah cerita tentang temuduga biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM di Perlis dan Shah Alam? Kalau tak ingat, tengok kat sini yer.... 

Alhamdulillah, tanggal 11 Oktober 2012 (Khamis) baru-baru ini, Bunga dimaklumkan oleh ibu Bunga bahawa Bunga ada surat dari UiTM Perlis yang mengatakan Bunga telah ditawarkan biasiswa TPM....Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa gembiranya Bunga pada ketika itu... Bunga impikan biasiswa TPM ni sejak dari Bunga di Diploma dan Alhamdulillah, kini impian Bunga jadi kenyataan. Syukur sangat.... Saat itu, terasa air mata ini ingin mengalir dek kerana kegembiraan dan syukur yang tidak terhingga... Tp nasib baik duk kat opis masa tu... hehehe...
Walaupun kedua-dua sesi temuduga (Perlis & Shah Alam) adalah temuduga yang berlainan, tetapi memandangkan kedua-duanya adalah jenis biasiswa yang sama dan di bawah company yang sama, maka Bunga hanya akan ditawarkan oleh salah satu sahaja. So, ini bermakna Bunga tidak perlu tertanya-tanya lagi kalau-kalau Shah Alam akan menawarkan biasiswa yang sama....:) Keputusan memang muktamad untuk menerima biasiswa dari UiTM Perlis...

Walaubagaimanapun, Bunga ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua ibu bapa Bunga, kerana tidak putus-putus mendoakan kejayaan Bunga... Kepada mereka, Bunga luahkan betapa Bunga inginkan biasiswa ni demi mengejar impian melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seterusnya mencapai cita-cita menceburkan diri di bidang pendidikan..

Kepada semua rakan-rakan yang turut mendoakan Bunga, Bunga ucapkan berbanyak terima kasih... Sesungguhnya Bunga amat menghargainya....

Cewaahhh.... bajet tengah bagi ucapan plak... kui3.....:D

Tapi, lepas dapat biasiswa ni, Bunga ingat boleh teruskan belajar smbil goyang kaki... Rupanya, banyak sangat prosedur yang perlu Bunga lakukan... Banyaknya borang yang perlu diisi, dan ujian IELTS perlu diambil.... Kos untuk test pun dah RM590, belum lagi kos perjalanan memandangkan test venue ni hanya ada di beberapa buah negeri sahaja... Puas Bunga mecari sesiapa yang nak amik test ni untuk dijadikan teman.. Tapi, kebanyakan mereka masih belum bersedia untuk test ni, sedangkan Bunga perlu selesaikannya secepat mungkin... Terpaksalah Bunga mendaftar dan ambil test ni sendirian... Nak cari orang yang sanggup jadi penjamin pun agak memeningkan kepala... Semua ni perlu diselesaikan bersama-sama dengan assignment yang menimbun beserta kerja-kerja di pejabat...

Apa sekalipun, Ummi cakap, bukan senang nak senang... Setiap sesatu memang ada cabaran dan halangan yang perlu kita tempuhi...

Ya, hidup Bunga selama ini pun penuh dengan cabaran, malah jauh lebih mencabar dari melengkapkan segala macam borang ni serta menduduki peperiksaan IELTS seorang diri... Untuk dapat apa yang kita impikan sememangnya bukan perkara yang senang... Kadang-kadang, Bunga terfikir alangkah seronoknya bila melihat rakan-rakan yang bagaikan dilahirkan untuk tidak mempuyai masalah sejak kecil... Rasa teringin untuk merasai hidup tanpa kesedihan dan kehilangan... Tapi Bunga sedar, Allah S.W.T. akan memberikan ujian kepada hambaNya sesuai dengan kemampuannya... So, seharusnya Bunga bersyukur kerana Allah S.W.T. telah memilih Bunga dan keluarga Bunga sebagai insan yang mampu menghadapi ujianNya... Syukran ya Allah...

Ada beberapa rakan yang mengucapkan tahniah dan mengatakan rezeki Bunga murah... Terima kasih Bunga ucapkan, dan diharapkan kalian terus mendoakan Bunga dimurahkan rezeki olehNya... Bunga juga mendoakan semua sahabat Bunga dimurahkan rezeki olehNya... Bunga harap sangat semua sahabat Bunga cepat-cepat dapat kerja dan mencapai impian masing-masing...

Amin...



Thursday, September 27, 2012

My new addiction

Bismillahirrahmanirrahim...

Just wanna share my new addiction....
A new magazine.....hehehe.....

For those who love to read, it's a great Islamic magazine... Very interesting to read and lots of information... So, what are you waiting for?? With just RM9.00 per month, we could increase the knowledge for the hereafter.... InsyaAllah....

Thursday, September 20, 2012

My new life...

Bismillahirrahmanirrahim....


It's have been 2 weeks since I've started my classes and I've got my first assignment during my second class which is last week...

Uniquely, when we asked the professor about the deadline, he said "Whenever you want. It's up to you"

Guess, what is the next question from us?????
.
.
.
.
.
.
" So, can we submit it next year????"


hahaha....:D

We will have five lecturers for this semester and so far, only two of them have started their lectures... Thanks God, our lecturers are very sporting.. So, the learning process are not a boring session and we enjoy the class.. The interesting part is, our lecturers are not giving lecture, but they teach us.. They make our desire to learn increased... Alhamdulillah....

It's lots of something new in here:
  • One subject will have more than 3 lecturers. For example, my Epidemiology subjects involved 5 lecturers, and Biostatistics subjects involves 4 lecturers.
  • We don't have carry marks here. All of the assignments, presentation, or etc. are not a part of assessment. The assignment is only for qualification for sitting in the exam hall. Here, our grade will be 100% from the final exam... Gosh... I have to work hard for the final exam... Besides, we do not have any past years papers for references as in UiTM... huhu...
  • In examination, for MCQ (multiple choice question), 1 mark will be deducted for a wrong answer and no mark for unanswered question... Yeah, this is common for medical students, but for a Maths student like me, it is very extra ordinary... haha... So, if you are not confirm with the answer, please do not answer that question...

 My 1st assignment are ready to be submitted..... :D

Wednesday, September 19, 2012

Whenever I'm free

Bismillahirrahmanirrahim....

Since almost one year I didn't updates my new entry before I start to do so last week, there's lots of things that I miss to share in this lil blog.

Well, as I said in the previous entry, I've been very busy of working, interviews, and preparing for my study throughout this period of time. However, I'm so lucky for having at my own hometown, living at my own family home, sleeping at my own purple room with my beloved family and daddy for more than one year which I haven't got this chance since I was in Form 4. Yes, after 8 years living at hostel. 2 years at MRSM, 3 months at PLKN, 6 months at Matriculation, 3 years of Diploma, 2 years of Bachelor's study and of course plus several holidays, gives the sum of almost 8 years living in hostel longer than being at my own home. Owh, should I calculated it together with my Form 1??? If it is so, it should be 9 years.. heheh...

Alright, although I've been really busy with those new things in my life, but I'm still lucky for having a good skill to steal my time for my hobby... heheh... So, for this entry, I wanna share about my favorite activities that I'll always try to do even though I was in a very busy state.. :))

Since I'm a girl, my favorite activities should be girlish right?? So, it is not an offense if my hobby is very girlish.. haha....

Well, what is my hobby??? Jeng-jeng-jeng......

I've lots of things that I love to do and most of that things is just a typical things that woman love to do....
I love to cook, sewing, knitting, doing interior decoration and etc.

And that is my favorite activities that I've been done throughout this period of having at my own home.

COOKING

Yeah, I like to be at home because I could be at a kitchen with all those things (tools) that a kitchen should have. Not like the kitchen at our rental house during the study.. heheh.. 

So, apart of eating, I've enjoyed doing lots of cooking experiments. haha..  Ok, let the pictures tell the story....
Testing new  mixer and new dyes (purple and pink).. With the new one, the old mixer currently is my step daughter.. hahahaha...

My daddy's 54th birthday (20th August 2012)

This is the goodies for Hannah's Open House..(My last minutes plan... heheh..)

 
My first trial home made bun.. Actually it is a recipe for plain home made bun, but I modified pizza topping for it's core.. My experiment is successful since my brothers love it..
p/s: very satisfied with it's mild and soft texture.

Of course there are many more, but I'm not the one that likes taking picture. So, this is the only pictures that "suddenly" I decided to snap.. heheh..
 All of my brothers also love my pizza. The consequence is, I'm always have to fulfill their request.. huhu...
Oh, just remembered doing "cara berlauk" with my mom... yummy....

SEWING


Yes, I love sewing since I was in primary school and I'm so lucky for having a mom that have the sewing skill even though she is  not a tailor. I've learn a lot from her and now I could make my own baju kurung by myself...:) But, currently instead of making baju kurung by myself, I've gives all of the duty to the tailor.. Do anyone agree that when we have the skill, we will be too lazy to do it?? hehe..
So, what did I sew???

Tadaaaa...........
 

Sewing beads on my baju kurung...:D
 

 
My first baju kurung that I made it by myself 5 years ago... hehe....

Baju kurung collection.. Guess, how many of it?? haha...:P
KNITTING

I start to knit since I was in secondary school. If I'm not mistaken., it is Form 2 or maybe early Form 3. But, I just learn the simple one without further learn and practice. I'm using single needle during that time. Actually, it is called crochet, but basically Malay just call it as knitting(kait). And now, I've addicted once again, but now I'm start using two needles. Now it can be called as knitting...;) Well, I've bougt a book and the needles, and start to learn by my ownself.. hehe... Well, when there is a will, there is a way right?? Unfortunately, currently I've to stop the activities due to my jobs and study.. huhu...
Learning process~~~Yeah, I'm an amateur...

NOVELS

I can't stop myself from buying new novels even though there are still unread novels at my rack. What should I do?? I loved to read and currently I started addicted to magazines. Before this, I  bought Reader's Digest just for fun, but now it have been as compulsory as my novel collection. Plus the Rapi magazine which introduced by Hana and an Islamic magazine, 'Solusi 'which is introduced by Tanyalah Ustaz at TV9...
Novel during working hour...:P 

My novel's home.... Look at the bottom left shelf, it is my sewing kit.. ngeeee...:D
Ok, that's my typical Malay lady's hobby... Boring, isn't it??? Whatever... As long as, I enjoy the day.. heheheh.... ;)

p/s: currently I'm wishing for having my own multifunction sewing machine....

Saturday, September 15, 2012

Allah, berkatilah aku..

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah, akhirnya Bunga mampu melawan sifat pemalas Bunga yang malas sangat nak mencari kesempatan untuk meluangkan masa mengalun jari di atas papan kekunci. hehehehe....
Selepas beberapa bulan Bunga taip entri yang sebelum ni baru minggu lepas Bunga rajin untuk upload gambar-gambar anak-anak comel tu sebelum dapat publish entri tersebut. Bila fikirkan balik, kenapa agaknya Bunga jadi sangat pemalas untuk meluangkan waktu meluahkan apa yang terbuku di hati? Alasan cliche Bunga adalah tidak sempat dek kerana kesibukan kerja serta banyak lagi hal yang datang bersilih ganti walaupun setiap masa ada sahaja idea dan kisah baru yang Bunga ingin kongsikan.Tapi bila teringat kembali nasihat dari seorang kenalan, terasa bagaikan kerdilnya diri ini kerana tidak bijak mencari kesempatan.

"Bukan tidak sempat, tetapi kita yang tidak mencari kesempatan."

Kata-kata ni Bunga simpan kedap di hati walaupun mungkin pemiliknya sudah terlupa akan kenangan yang pernah ditinggalkan ini.

Okaylah, balik pasal hidup Bunga....:)

Apa yang dah berlaku dalam beberapa bulan sebelum ni ya? Sebagaimana yang sedia maklum, Alhamdulillah Bunga mula bekerja sebagai Research Assistant (RA) di USM Kubang Kerian. Walaupun hanya bekerja sebagai RA, Alhamdulillah, banyak ilmu dan pengalaman yang Bunga dapat timba sebelum Bunga memulakan pengajian ke peringkat Sarjana.

Walaupun agak banyak cabaran ketika proses permohonan pengajian, Alhamdulillah Bunga dapat melaluinya. Sambil bekerja Bunga mula bersiap-sedia untuk memulakan pengajian kembali kerana itulah tujuan utama Bunga bekerja di USM ni. Dalam pada masa yang sama, Bunga cuba mencari penaja-penaja lain bagi mengukuhkan lagi perbelanjaan sepanjang pengajian. 

Dua bulan yang lepas, Bunga dapat satu surat panggilan temuduga biasiswa di Perlis. Temuduga yang memerlukan kita untuk mengajar (mock teaching). Bermakna, Bunga perlu menyediakan bahan mengajar  dan betul-betul bersedia untuk mengajar dalam masa seminggu. Ketika itu Bunga sedang sibuk menguruskan persiapan untuk satu bengkel yang akan diadakan beberapa hari selepas tarikh temuduga berjalan. Bermakna Bunga terpaksa fokus terhadap dua benda dalam satu masa. Ianya sangat-sangat menguji pengurusan masa.

Bercakap tentang temuduga di Perlis, terlalu banyak yang terpaksa Bunga korbankan demi sebuah perjuangan yang masih belum pasti. Masa, cuti, wang ringgit, serta penat lelah Bunga dan kedua ibu bapa. Memandangkan Perlis Indera Kayangan merupakan sebuah negeri yang agak asing bagi Bunga, Bunga terpaksa pergi bersama parents. Agak ralat dengan keadaan ini memandangkan Bunga terpaksa menyusahkan mereka dan risau sekiranya pengorbanan-pengorbanan yang terpaksa kami lakukan ini tidak berbaloi. Tambahan pula, tahun ini sahaja tiga orang dari kami adik-beradik termasuk Bunga yang akan memulakan pengajian di Universiti dan pastinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Tapi kata-kata semangat dari Ummi sedikit-sebanyak memberikan satu senyuman dan semangat di hati Bunga. Ummi menyakinkan Bunga bahawa pengorbanan dan perjuangan ini adalah sesuatu yang  pastinya berbaloi. Meskipun keputusannya masih belum pasti, tetapi pengalaman yang Bunga akan perolehi adalah sesuatu yang pasti dan ianya sudah cukup untuk membayar pengorbanan dan usaha kami. Terima kasih Ummi, Terima kasih Ku. Sesungguhnya Kakak amat menyayangi kalian.

Alhamdulillah, proses temuduga berjalan dengan lancar dan Bunga lulus Fasa 1 dan dapat melalui Fasa 2 dengan lancar. Namun, keputusannya masih belum diketahui. Hanya dua orang termasuk Bunga yang lulus Fasa 1, tetapi hanya seorang yang akan terpilih secara keseluruhannya. Harapan Bunga agak tipis walaupun ketua program menyatakan bahawa dia berminat untuk mengambil kami berdua, tetapi ianya terserah kepada keizinan dari kampus induk. Sedangkan, pesaing Bunga mempunyai kriteria yang jauh lebih baik dari Bunga. Walaubagaimanapun, Bunga masih lagi berdoa agar dimurahkan rezeki olehNya serta amat bersyukur kerana proses temuduga Bunga dipermudahkan olehNya.

Sekembalinya dari Perlis, Bunga terus menyibukkan diri dengan bengkel yang bunga uruskan. Selesai bengkel, Bunga sibuk pula dengan urusan claim perbelanjaan sepanjang bengkel. Belum hilang lelah bermain dengan resit, Ramadhan Karim menjelang tiba. Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan, Bunga tidak berapa sibuk walaupun ada menghadiri satu bengkel pada ketika itu. Almaklumlah, bila kita yang menghadiri bengkel, bukan kita yang akan merasa lelahnya melainkan mereka yang terlibat dalam menjayakannya.  Sebaliknya kita hanya duduk menimba ilmu. hehehe...

Namun ada sesuatu yang agak mencabar dalam bulan Ramadhan ni... hehe.... Bunga ada satu lagi interview iaitu temuduga untuk permohonan bunga bagi melanjutkan pengajian di USM. Walaupun Bunga telah dijanjikan tempat, tetapi Bunga perlu menjalani proses temuduga sebagaimana calon lain bagi mengikuti prosidur.  walaupun Bunga yakin akan diterima, Bunga tetap merasa risau dan berdebar untuk ditemuduga oleh mereka-mereka yang telah Bunga kenal terutama sekali Boss sendiri. huhu... Alhamdulillah, syukur sangat sebab paling tidak Bunga dapat menjawab semua soalan yang dikemukan. Kalau tidak, agak malu kerana para penemuduga mengenali Bunga dan merekalah juga yang akan mengajar kelak. hehe..

Di penghujung bulan Ramadhan, Bunga dikejutkan lagi dengan satu lagi tawaran temuduga biasiswa di Shah Alam dalam masa kurang dari dua minggu.. Temuduga kali ini sama seperti temuduga di Perlis yang memerlukan Bunga untuk mengajar. Tapi kali ini, Bunga perlu mengajar tajuk yang berbeza dengan yang Bunga guna ketika di Perlis keran ianya bidang yang berbeza. Ini bermakna, Bunga terpaksa menyediakan bahan mengajar lain dan terpaksa mempersiapkan diri kembali agar dapat menjawab apa saja soalan yang dikemukan penemuduga.  Tambahan pula mengikut khabar-khabar sebelum ini, temuduga di Shah Alam ini jauh lebih sukar berbanding di Perlis. Walaubagaimanapun, kerisauan yang menggunung itu langsung tidak menghalang Bunga untuk menyibukkan diri membuat persiapan Raya dan seterusnya beraya. Sudahnya, hanya 3 hari yang mampu Bunga peruntukkan untuk persiapan temuduga. 

Temuduga kali ini Bunga pergi sendirian memandangkan Bunga sudah biasa dengan Shah Alam dan ada saudara yang boleh ditumpang. Jadi, tidak perlu susahkan kedua ibubapa. Walaubagaimanapun, Bunga terpaksalah korbankan wang ringgit untuk terbang ke sana memandangkan cuti Bunga telahpun habis. huhuhu... Namun begitu, Bunga bersyukur sebab proses temuduga berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Sangat diluar jangkaan kerana penemuduga sangat-sangat mesra dan tidak banyak songeh sebagaimana cerita-cerita mereka sebelum ni. Syukur kerana Allah lembutkan hati mereka. Walaubagaimanapun, sebgaimana di Perlis, keputusannya hanya Allah yang tahu. Walaupun proses temuduga berjalan lancar, jauh disudut hati para penemuduga, hanya Allah yang tahu dan sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah. Bunga serta kedua ibubapa hanya mampu berdoa.

Alang-alang Bunga dah sampai KL, Bunga mengambil peluang untuk menziarahi seorang sahabat  di Negeri Sembilan yang telah terlibat dalam kemalangan (mangsa ragut) pertengahan bulan Ramadhan baru-baru ini. Syukur sangat ke hadrat Ilahi kerana beliau sudah beransur pulih. Semoga Allah S.W.T memberikan petunjuk dan hidayah kepada orang yang terlibat. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Pulang dari KL, tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk Bunga bersiap sedia untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar di USM Kelantan. Dalam kelam-kabut dengan kerja memandangkan pada ketika ini kami baru memulakan data collection, Alhamdulillah segalanya dapat berjalan dengan lancar. Semuanya dapat diselesaikan walau banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam satu masa. Mungkin keadaan ini dapat mendidik Bunga menjadi lebih cekap dalam menjalankan tanggungjawab.

 

Dan kini, Bunga telahpun bergelar siswazah dan telah pun seminggu menghadiri kelas. Alhamdulillah, setakat ini segalanya masih berada dalam keadaan yang baik walaupun agak banyak terminologi perubatan yang Bunga sukar untuk fahami. Inilah jadinya bila budak Math menceburi bidang Medic.. hehe.. Kelakar atau tidak, Bunga amat merindui saat-saat bersama calculator. kalau dulu, pejam mata pun boleh tekan claculator, tapi sekarang tekan sambil tengok pun asyik tersilap jer. huhu... Seriously, Bunga amat merindui saat-saat memerah otak mencari solution Calculus. Walaubagaimanapun, InsyaAllah Bunga akan lebih berusaha dan terus berusaha agar mampu mencapai yang terbaik. Amin..

Saturday, September 8, 2012

Anak-anakku

Bismillahirrahmanirrahim.....


* sebelum anda membaca dengan lebih lanjut, Bunga nk maklumkan, actually entry ni Bunga da taip sejak  4 atau 5 bulan yang lalu yakni pada bulan April 2012... tapi dek kerana Bunga y sangat x berapa pandai nk curi masa n menggunakan kesempatan untuk transfer pic dr hp ker lappy, maka terpaksalah Bunga publish entry ni 5 bulan kemudiannya... maka, ketika anda baca entry ini, silalah anda bayangkan tarikh entry ini ditulis adalah pada April 2012 sebab Bunga da malas da nk edit balik ayat2nya... heheheh....

alloooo.... Bunga yang pemalas ni akhirnya meng'update' kembali entry di belog ni.... hehehehe

ingat lagi tak janji Bunga sebelum ni??? janji yang mana satu tu eh???? banyak benor janjinya... hihihi....

ala.... janji untuk menguploadkan gambar anak-anak Bunga tu la....
(terer tak Bunga, belum kawin da ada banyak anak.. ekekekek)

Sila jangan salah paham yer... bukan anak kandung tau.. tapi anak-anak murid Bunga kat PRINCE yang comel-comel dan Bunga sayaaaang sangat... tapi tentu-tentulah bila diorang da besar, diorang dah tak ingat kat Bunga dah kan??? huhuhuhu... takpe la, walau apa pun, Bunga totap sayang diorang dan doakan mereka menjadi insan yang berguna dan soleh kelak.... amin....
okay... jom kita mulakan ekspedisi menyaksikan wajah-wajah comel mereka... heheh...
sapa kah gerangan yang pertama???

jeng...jeng...jeng....


tarraaaa..............
ha.... ni la Aqlima (4 years old)..... naper Bunga letak dier y first??? sebab, dier la yang first skali smpai maser first day Bunga kat PRINCE tu... heheh... y bestnyer, dier pelik jer tengok Bunga masa tu.... agaknya dalam ati dier maser tu tertanya-tanya "saper la minah tak lawa ni, tiba-tiba jer terpacak kat school aku ni..." ngeehehehe.... walaupun masa ari first tu, dia macam takut-takut kat Bunga, tapi esoknya Bunga da dapat jadi kawan dia... hihihihi.... part paling penting bagi Aqlima adalah rambut meggi tu... :D

ok, next adalah Rania (2 years old)....
ha... ni la sorang lagi... rambut meggi jugak macam Aqlima.... tapi rambut Rania pendek sikit.. heheh.. Rania ni kecil jer orangnya... tapi independent... senang sangat nak jaga... tak banyak ragam.. paling best bila dengar dia berceloteh... macam-macam dia nak cerita... comel sangat.... seronok melayan Rania bercerita :)

erm... sapa lagi ye.....
kita cerita pasal Hafiz la pulak...

ha... ni la Hafiz (4 years old)..... si mulut manis.... suka tersenyum... Hafiz ni manja sikit... dia jenis yang tak reti melawan bila bermain dan endingnya dia terpaksala mengadu kat cikgu-cikgunya yang cun bila kena kacau atau mainannya kena rampas dek member... hehehe.... pesan cikgu, Hafiz xleh manja2 tau, kena  jadi kuat, baru la bley jadi boy... ngeehehehe....

ok, kita cerita pasal Aqil Jr ngan Akhil Sr...


Kembar ker??? xderla... hehehe... lain bapak, lain ibu yer.... sebab nama diorang hampir sama, maka cikgu-cikgu pun ambil la alternatif lain dengan taruk junior and senior kat blakang nama diorang memandangkan Akhil tu 2 tahun lagi tua dari Aqil..

menariknya tentang Aqil (2 years old) ni, cikgu-cikgunya (tak termasuk Bunga kot..) pernah memanggil beliau dengan gelaran 'Mat Beg'..... apa cerita disebalik gelaran tu??? jeng3... hehehe... ceritanya begini, masa Bunga start kerja kat PRINCE, Aqil ni baru jer seminggu masuk dan masih belum dapat menyesuaikan diri lagi dengan school baru dia... sebelum ni nenek dia yang jaga.. so, sepanjang hari dia asyik pergi dekat rak, tarik beg dan bertapa kat depan pintu memanggil papanya dengan suara yang cukup sayu... kekekekek... datang pukul 8pagi, pkul 8.15pagi da tunggu papa dia datang amik.. solutionnya, kitorang sorok beg dia kat dalam almari.... ngeehehehe.... tapi sekarang dah tak nanges da, malah hero kat school... kui3..

Akhil (4 years old) pulak adalah 'Silent Boy' kami.... paling kurang berbunyi.... dia main ke, makan ke, minum susu ke, memang tak keluar sepatah bunyi pun... sangat-sangatlah pendiam... tapi beberapa hari sebelum Bunga berhenti, Bunga dapat pujuk dia sebut beberapa patah perkataan... (pintu, rumah, air-cond)

hmmm.... ni pulak Alisha the winner (4 years old).... sajer jer Bunga bagi gelaran tu sebab dia suka nak menang kalau bermain ngan kawan-kawan dia... hehe.... Alisha ni kalau kita larang dia buat apa-apa, ada ja alasan dia... kreatif betul dalam mencipta alasan... so, kalau nak larang atau pujuk Alisha buat something, kita kena pandai bermain dengan kata-kata... putar belit cerita sikit and puji-puji dia sikit.... isiden yang Bunga tak boleh lupa adalah, pernah satu hari dia ngan geng dia main payung... Bunga larang la cakap bahaya... terus dia tanyer kenapa... so, Bunga ceritalah yang lidi payung tu boleh cucuk mata, pastu mata akan luka keluar darah dan kita akan sakit dan boleh jadi buta.... tapi, belum sempat Bunga letak noktah kat ayat Bunga, Alisha terus jawab "tak apa mama Alisha kan doktor.." kelam kabut Bunga cari idea nak jawab balik ayat dia.... sadis betul... kekekekek....

ha... next is Fatihah (4 years old)... xder pic dier la pulak... hehehe.... dkat pic rmai2 kat atas tu, Fatihah yang paling forst kat belah kiri....:) Fatihah ni lepas beberapa minggu Bunga kerja kat ctu, baru dia datang.... sangat manja sebab tak bagi mama dia tinggalkan dia kat school sampai nangis teruk walaupun dia dah lama kat PRINCE... hehehe... tapi sekarang dia dah tak nangis dah..... Fatihah ni sukakan perhatian... kalau kita puji orang lain pandai, dia pun akan cakap "Tihah pun pandai jugak" dengan suara manja dia... hehehehe.... kalau nak tahu, Aqlima, Fatihah, ngan Alisha ni satu geng... tapi sometimes, ada la salah seorang dari mereka yang disisihkan dari geng... tapi biasanya tak lama la... biasa la budak2 kan.... hehe

ok.... ini Tija (3 years old)... yang paling cute.. kecik jer orangnyer.... lebih kurang samer besar ngan Rania, tapi Tija lagi kecik kot... hehe... Tija ni pendiam, tapi manja... masa mula-mula masuk asyik nak berkepit jer ngan cikgu-cikgu... tapi sekarang tak lagi... dah boleh main ngan kengkawan da... tapi, tiap kali Bunga datang menjenguk dekat PRINCE, Tija cepat-cepat datang dekat Bunga... hehe..

yang ni pulak, Adnin (3 years old)...
Adnin ni periang and ceria orangnya.... tak kisah saper pun, dia main terjah jer walaupun orang tu dia tak kenal... heheh... mulut dia asyik tersenyum comel jer.... beberapa hari lepas, Adnin sampai dengan kaki berbalut sebab kaki dia tersepit pintu pagar automatik.... alahai, kesian betul... tak pasal-pasal kena beberapa jahitan dan admitted kat ward... yang lwaknya, walaupun sepatutnya dia boleh berjalan, tapi dia sangat takut untuk letak kaki dia kat lantai... maybe sebab dia tengok kaki dia berbalut kot... hehe... Adnin ni suker bergambor, tp akan bergerak terlebih dulu sebelum disnap.... sudahnyer, xder pic y nampak muker... huhuhuhu...

ni pulak Alif (2 years old)...
juga seorang yang manja, tapi dia sangat pandai... dia dah boleh kenal sumer huruf A sampai Z.... juga seorang yang hensem dengan mata menggoda.... kekekekek.... paling best bila dia senyum dengan mata yang tajam.... geram jer nengok... hehehe...
si mata bulat ni pulak, Sofi.... baru setahun lebih... a new student... cerdik orangnya... tapi masih belum boleh bercakap... bila mama dia tinggal, dia nangis sekejap, pastu terus lupa diri dengan slider yang digemarinya.... hihihihi.... tapi kalau nangis, tak semua cikgu mampu dukung dengan masa yang lama sebab sofi ni agak berat... heheh....

haaaa.... yang ni pulak klon Sofi versi girls.....
 heheh.... xderla..... ni Sofiya.... nama hampir sama n sama-sama bulat... tapi bukan adik-beradik tau... Sofiya ni pun seorang yang periang dan ceria macam Adnin.... Sofiya ni suka sangat ngan Dora the Explorer dan jugak Angry Birds... yang cutenyer, muka ngan rambut Sofiya sama macam Dora kan??? kekekekek

okay... sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu sesi memperkenalkan korang semua dengan Hero of the PRINCE..... jeng... jeng... jeng.....
ha.... ni lah dier Ahmad (4 years old)... Bunga siap bagi extra gambar lagi... heheh... Ahmad ni la paling hero kat sini... habis semua orang takut kat Ahmad.... Walaupun dia ada masalah pendengaran dan terpaksa menggunakan implan, tapi tak menghalang dia menjadi sangat aktif dengan mengganggu orang lain bermain... heheh... tapi, kalau Ahmad tak datang rasa macam kosong jer... macam ramai yang tak datang... ini bermakna, seorang Ahmad bersamaan dengan 10 orang budak lain... kui3... Actually Ahmad ni orang Sudan... Parents dia kat cni sebab sedang belajar...

ni pulak adik kepada Ahmad iaitu Ula (2 years old)...

Ula ni mula2 masuk sangat la pendiam..... tgk orang jer, men sorang2... maybe sebab dia terkejut kot tgk orang2 y dia xbiasa pastu cakap guna bahasa yang dia tak paham... hehehe... tapi bila Bunga dekat-dekat nak keluar, dia dah boleh dah panggil nama adnin, dah pandai dah nak merajuk... hehehe.... hari tu Bunga pergi melawat, Ula dah makin ceria dan dah pandai berinteraksi dengan kawan-kawan yang lain....:)

Amira
hehehe.... yang ni paling susah nk ngorat ni.... nk dapat pegang pun susah... kojer dier asyik berkepit jer ngan cekgu mai.... bila cikgu mai lari, trus hujan.... hehehehe..... Bunga dapat tawan ati dia bila da dekat2 nak benti.. so, smpai sudah Bunga xdapat tackle dia... hehehehe.... So, sebab tu la Bunga xder pic dier... hehehehehe.....

last but not leas is Shun....
 he is the only chinese here n bakal dapat adik... hehehe.... sangat-sangat periang n suker tersenyum n makan sangat banyak.... hehehe... tp yang tak tahannya, time orang main dia tdo, bila orang tido baru dia nak main... kui3.... snagat2 tak reti duk diam, sudahnyer pic yang sempat Bunga snap pun cenggini jer.... huhuhuhu....



hmmm... actually, ada lg y xsempat Bunga snap pic sebab diorang ni xtentu sangat kehadiran... ada y sparuh hari jer, ada y slalu x datang, ada y cuti panjang... almaklumla, parents bercuti, diorang pun bercuti... hehehehe...

k la... smpai cni la ekspedisi menjelajah wajah2 comel ni..... hopefully, dengan melalui entry ni, dapatla Bunga hilangkan kerinduan kat diorang.... bila teringat, bley bacer entry ni... nk pegi saner da susah... huhuhuhu....

Wassalam....

Sunday, January 29, 2012

kerja.....

Bismillahhirrahmanirrahim.....

menemui blog Bunga yang sangat Bunga rindui namun sering ditinggalkan sendirian..... huhuhuhuhu... orang berblog, nk berblog gak... tp nk on pc pun malas, per tah lg nk update blog.... ish3.....

ok, per citer terkini Bunga???? jeng3......

hehehehehe....

nk tau tak???????

xnk tau????

xper la.....
Bunga nk citer gak... ngeeehehehehe....

tau tak, buat julung2 kalinya dalam sejarah idup Bunga, Bunga da kerja..... hehehehehe....:P kesian kn org xpernah kejer.... jakun lak.... kui3...

actually citer dier mcm ni..... tanggal 9 hb Januari 2012 aritu, ader la sorang member Bunga call..... dier mintak Bunga mengajar kat taska kat USM menggantikan dier sebab dier dpt kejer kat KL.... dier minx Bunga gantikn dier sementara diorg dapt cikgu baru.... so, wlaupun, Bunga bg alasan y Bunga kemungkinan kna stat kejer kat Unit Biostatistik kat USM dlm maser terdekat, tp dier pujuk jugak Bunga.... so, akhirnyer, Bunga wat kputusan utk terimer jer pelawaan member Bunga tu wlaupun my daddy x berapa nk bg.... tp my mom sokong sratus pratus.... kui3....

maka, tanggal 10 Januari 2012, tercatatlah sejarah dlm idup Bunga untuk bekerja..... xpernah ader pengalaman bekerja tau sbl ni... mcm2 excuses y my daddy bg bila Bunga ckp nk wat part time maser cuti sem sbl ni.... so, paling2 pun, Bunga amik upah wat analysis research or siapkn research org... biasernyer mereka2 y da kejer, tp smbung blajar la.... tu pun diorg tau Bunga dari sesaper... bukn Bunga g cari pun... so, braper org la sangat kn... lagi best, Bunga x letak harga pun... ikut suker diorg jer nk bagi baper.... sambil2 tlg jer pun... hehehehe..

melalut smpai ker kutub utara plak Bunga ni.... hehehehe

so, bekerja la Bunga kat tadika tu.... alhamdulillah, Bunga enjoy sangat kejer kat ctu.... mlayan karenah anak2 comel.... sumer comel.... sumer cikgu sayang.... tugas Bunga adalah melayan jer budak2 tu main, mandikan or jaga mkn pakai diorg dari kul 8 pg smpai la 5 ptg bersama2 cikgu2 y lain..... sambil2 layan diorg main, pndai2lah Bunga selitkan ajar ABC ker, ajar mengira ker, ajar shape ker....pastu bacerkn buku citer.... yer la... diorg kecik lg.... sumernyer lam range 2 hingga 4 taun jer....

satu kelebihan bg Bunga adalah Bunga kn ader 6 org adik... so, da biaser la handle budak2... hehehe... siyesly, diorg tu sentiaser buat kiter tersenyum.... mcm2 karenah ader..... buat hati cikgu berat sangat nk tinggalkan korang.... sedihnyer..... tak sabar rasernyer Bunga nk citer lbey lanjut pasal budak2 comel ni... tp di entry y akan datang ea.... Bunga nk snap dulu pic diorang...

25 hb ari tu (Rabu) Dr. Sarimah dr Unit Bistat USM (sila rujuk entry sbl ni) nk jumper Bunga.... Bunga pun g la office dier.... actually Dr. Sarimah tu da tau y Bunga kejer kat taska kat ctu.... dier mintak Bunga stat kejer kat Unit Biostat ari tu jugak coz ader data y nk kna analyze..... tp Bunga ckpla y bos kat taska tu minx kalo bleh Bunga kejer smpai 31 hb.... then, Dr. sarimah pun ckp xper la, Bunga bleh analyze data kat umah mlm2 n ujung minggu smpai 31 hb ni... 1 Februari baru Bunga akan kejer kat Unit Biostat tu officially.... alhamdulillah.... rezeki buat Bunga... sebab, ader 5 ari lg ari bekerja dlm buln ni.... 5 ari tu, Bunga dpt gaji hari dr unit biostat.... buln dpan baru stat gaji monthly.... dlm maser y samer, Bunga still kejer kat taska.... syukur sangat....

dlm maser dua tiga ari lagi nk benti ngajar kat taska ni, Bunga raser sdey sangat nk berpisah ngan anak2 murid Bunga y comel2 tu.... wlaupun tempat Bunga kejer nant x jauh maner pun ngan taska tu, tp mest da susah nk jumper diorg... tgk keletah diorg.... dengar bebelan diorg... n tgk diorg nangis bila parents anta pergi school di pagi hari.... huhuhuhu.... kalo ikutkan ati Bunga, pasni tiap2 ari Bunga nk mlawat diorang.... tp mlampau la plak kan... hehehehe...

btw, maser jumper Dr. Sarimah ari tu, dier ader tanyer samada Bunga nk ker x amik master by research.... ruper2 nyer kat ctu ader master by mixed mode atau by research.... katernyer, kalo amik by research, bunga x payah tunggu buln 9... bila2 maser pun bleh start... lg satu kelebihan dier, kalo Bunga amik by research n kalo paper Bunga ok, insyaAllah bley convert ker PHd trus....

skali lagi Bunga dlm dilema... huhuhuhu.... kalo amik mixed mode, Bunga kna masuk kelas n exam... tp Bunga bley update lg ilmu Bunga... tp kalo amik by research pun, Bunga still bley join kelas or any seminar y dianjurkan...

Bunga ckap, nant Bunga akan pikirkan.... tp maybe Bunga akan amik by research kot.... tgk la dulu... nk tanyer pendapat ramai dulu... biar maser y menentukan.... cewahhh.... hehehehe....

k la, smpai sini jer la dulu ea.... ok.... wassalam.....