Pages

Wednesday, November 14, 2012

BIla dah dapat satu, biasanya ada yang lain menyusul...

Bismillahirrahmanirrahim.....

Agak lama tak mengarang entry dek kesibukan yang agak melampau.... Ya, sering tidak pandai mencari kesempatan.... Sigh.....

Sibuk dengan kelas, assignment yang selalu disiapkan di akhir waktu, kerja, preparation IELTS, dan borang-borang utk agreement scholar y terrrrsangat banyak, dan of course masa untuk diri sendiri serta keluarga yang paling banyak bahagiannya.... hehe...

Musim cuti sekolah ni, banyak undangan perkahwinan dari rakan-rakan.... Seronoknya membina badan di kenduri orang... hehehe....

Tapi, apa yang nak dikongsikan di sini adalah berkenaan rezeki Allah S.W.T.... sebelum memulakan pengajian, pantang ada peluang untuk memohon biaya pelajaran, semuanya disambar dengan penuh pengharapan... Paling tidak, biarlah salah satu melekat... Bila dipanggil temuduga (UiTM Perlis & Shah Alam), mula bersengkang mata menelaah dan berlatih dengan harapan tiada kegagapan mahupun kegugupan diwaktu sesi temuduga...

Dan kini, segala usaha membuahkan hasil bila impian yang dipendam sejak bertahun-tahun menjadi kenyataan.... Surat tawaran Biasiswa TPM UiTM Perlis tiba di halaman kami sebulan yang lalu.... Memang syukur dan gembira bukan kepalang.... Khabar dari sana yang menyatakan bahawa Biasiswa TPM dari Fakulti (Shah Alam) akan dibatalkan memandangkan penerima biasiswa tidak akan berulang memberikan sedikit kelegaan kerana tidak perlu risau untuk memilih....

Minggu lepas, pihak MARA menyampaikan satu berita gembira kerana permohonan pinjaman bolehubah yang dipohon telah diluluskan.... Sedikit gembira.. Namun, sudah pasti ianya ditolak memandangkan sudah ada yang lebih baik (InsyaAllah) sedang menanti....

Namun, beberapa hari yang lalu, satu surat telah menyapa inbox Gmail... (p/s: nak tulis peti masuk sebagai inbox, tapi rasa macam lucu pulak... kekekek...) Dari Fakulti Sains Komputer UiTM!!!! Alhamdulillah, satu lagi tawaran TPM UiTM dari fakulti.... Ternyata, khabar sebelum ini salah... Dan diri mula berada dalam keadaan dilema untuk memilih.. Walaupun ianya adalah biasiswa yang sama, perbezaan bidang dan tempat sedikit menjadi isu..... Namun, syukur Alhamdulillah.... Kekeliruan dalam memilih tidak lama... Setelah berbincang dengan keluarga dan sahabat, TPM Perlis nekad dipilih...


Hari ini, sekali lagi inbox Gmail diperiksa.... Alhamdulillah.... satu lagi tawaran diperoleh... Tajaan MyMaster (MyBrain15) dari KPT (Kementerian Pengajian Tinggi)... Walaupun hati sudah pasti untuk menolak, rasa gembira mendapat tawaran tetap ada....

Walaupun, hanya satu diperlukan manakala yang lain perlu ditolak, paling tidak semua permohonan mendapat maklumbalas yang positif.. Almaklumlah, perasaan kita ditolak jauh berbeza dengan bagaimana rasanya jika kita yang menolak... Rasa sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang untuk diri ini merasa gembira...