Pages

Saturday, September 15, 2012

Allah, berkatilah aku..

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah, akhirnya Bunga mampu melawan sifat pemalas Bunga yang malas sangat nak mencari kesempatan untuk meluangkan masa mengalun jari di atas papan kekunci. hehehehe....
Selepas beberapa bulan Bunga taip entri yang sebelum ni baru minggu lepas Bunga rajin untuk upload gambar-gambar anak-anak comel tu sebelum dapat publish entri tersebut. Bila fikirkan balik, kenapa agaknya Bunga jadi sangat pemalas untuk meluangkan waktu meluahkan apa yang terbuku di hati? Alasan cliche Bunga adalah tidak sempat dek kerana kesibukan kerja serta banyak lagi hal yang datang bersilih ganti walaupun setiap masa ada sahaja idea dan kisah baru yang Bunga ingin kongsikan.Tapi bila teringat kembali nasihat dari seorang kenalan, terasa bagaikan kerdilnya diri ini kerana tidak bijak mencari kesempatan.

"Bukan tidak sempat, tetapi kita yang tidak mencari kesempatan."

Kata-kata ni Bunga simpan kedap di hati walaupun mungkin pemiliknya sudah terlupa akan kenangan yang pernah ditinggalkan ini.

Okaylah, balik pasal hidup Bunga....:)

Apa yang dah berlaku dalam beberapa bulan sebelum ni ya? Sebagaimana yang sedia maklum, Alhamdulillah Bunga mula bekerja sebagai Research Assistant (RA) di USM Kubang Kerian. Walaupun hanya bekerja sebagai RA, Alhamdulillah, banyak ilmu dan pengalaman yang Bunga dapat timba sebelum Bunga memulakan pengajian ke peringkat Sarjana.

Walaupun agak banyak cabaran ketika proses permohonan pengajian, Alhamdulillah Bunga dapat melaluinya. Sambil bekerja Bunga mula bersiap-sedia untuk memulakan pengajian kembali kerana itulah tujuan utama Bunga bekerja di USM ni. Dalam pada masa yang sama, Bunga cuba mencari penaja-penaja lain bagi mengukuhkan lagi perbelanjaan sepanjang pengajian. 

Dua bulan yang lepas, Bunga dapat satu surat panggilan temuduga biasiswa di Perlis. Temuduga yang memerlukan kita untuk mengajar (mock teaching). Bermakna, Bunga perlu menyediakan bahan mengajar  dan betul-betul bersedia untuk mengajar dalam masa seminggu. Ketika itu Bunga sedang sibuk menguruskan persiapan untuk satu bengkel yang akan diadakan beberapa hari selepas tarikh temuduga berjalan. Bermakna Bunga terpaksa fokus terhadap dua benda dalam satu masa. Ianya sangat-sangat menguji pengurusan masa.

Bercakap tentang temuduga di Perlis, terlalu banyak yang terpaksa Bunga korbankan demi sebuah perjuangan yang masih belum pasti. Masa, cuti, wang ringgit, serta penat lelah Bunga dan kedua ibu bapa. Memandangkan Perlis Indera Kayangan merupakan sebuah negeri yang agak asing bagi Bunga, Bunga terpaksa pergi bersama parents. Agak ralat dengan keadaan ini memandangkan Bunga terpaksa menyusahkan mereka dan risau sekiranya pengorbanan-pengorbanan yang terpaksa kami lakukan ini tidak berbaloi. Tambahan pula, tahun ini sahaja tiga orang dari kami adik-beradik termasuk Bunga yang akan memulakan pengajian di Universiti dan pastinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Tapi kata-kata semangat dari Ummi sedikit-sebanyak memberikan satu senyuman dan semangat di hati Bunga. Ummi menyakinkan Bunga bahawa pengorbanan dan perjuangan ini adalah sesuatu yang  pastinya berbaloi. Meskipun keputusannya masih belum pasti, tetapi pengalaman yang Bunga akan perolehi adalah sesuatu yang pasti dan ianya sudah cukup untuk membayar pengorbanan dan usaha kami. Terima kasih Ummi, Terima kasih Ku. Sesungguhnya Kakak amat menyayangi kalian.

Alhamdulillah, proses temuduga berjalan dengan lancar dan Bunga lulus Fasa 1 dan dapat melalui Fasa 2 dengan lancar. Namun, keputusannya masih belum diketahui. Hanya dua orang termasuk Bunga yang lulus Fasa 1, tetapi hanya seorang yang akan terpilih secara keseluruhannya. Harapan Bunga agak tipis walaupun ketua program menyatakan bahawa dia berminat untuk mengambil kami berdua, tetapi ianya terserah kepada keizinan dari kampus induk. Sedangkan, pesaing Bunga mempunyai kriteria yang jauh lebih baik dari Bunga. Walaubagaimanapun, Bunga masih lagi berdoa agar dimurahkan rezeki olehNya serta amat bersyukur kerana proses temuduga Bunga dipermudahkan olehNya.

Sekembalinya dari Perlis, Bunga terus menyibukkan diri dengan bengkel yang bunga uruskan. Selesai bengkel, Bunga sibuk pula dengan urusan claim perbelanjaan sepanjang bengkel. Belum hilang lelah bermain dengan resit, Ramadhan Karim menjelang tiba. Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan, Bunga tidak berapa sibuk walaupun ada menghadiri satu bengkel pada ketika itu. Almaklumlah, bila kita yang menghadiri bengkel, bukan kita yang akan merasa lelahnya melainkan mereka yang terlibat dalam menjayakannya.  Sebaliknya kita hanya duduk menimba ilmu. hehehe...

Namun ada sesuatu yang agak mencabar dalam bulan Ramadhan ni... hehe.... Bunga ada satu lagi interview iaitu temuduga untuk permohonan bunga bagi melanjutkan pengajian di USM. Walaupun Bunga telah dijanjikan tempat, tetapi Bunga perlu menjalani proses temuduga sebagaimana calon lain bagi mengikuti prosidur.  walaupun Bunga yakin akan diterima, Bunga tetap merasa risau dan berdebar untuk ditemuduga oleh mereka-mereka yang telah Bunga kenal terutama sekali Boss sendiri. huhu... Alhamdulillah, syukur sangat sebab paling tidak Bunga dapat menjawab semua soalan yang dikemukan. Kalau tidak, agak malu kerana para penemuduga mengenali Bunga dan merekalah juga yang akan mengajar kelak. hehe..

Di penghujung bulan Ramadhan, Bunga dikejutkan lagi dengan satu lagi tawaran temuduga biasiswa di Shah Alam dalam masa kurang dari dua minggu.. Temuduga kali ini sama seperti temuduga di Perlis yang memerlukan Bunga untuk mengajar. Tapi kali ini, Bunga perlu mengajar tajuk yang berbeza dengan yang Bunga guna ketika di Perlis keran ianya bidang yang berbeza. Ini bermakna, Bunga terpaksa menyediakan bahan mengajar lain dan terpaksa mempersiapkan diri kembali agar dapat menjawab apa saja soalan yang dikemukan penemuduga.  Tambahan pula mengikut khabar-khabar sebelum ini, temuduga di Shah Alam ini jauh lebih sukar berbanding di Perlis. Walaubagaimanapun, kerisauan yang menggunung itu langsung tidak menghalang Bunga untuk menyibukkan diri membuat persiapan Raya dan seterusnya beraya. Sudahnya, hanya 3 hari yang mampu Bunga peruntukkan untuk persiapan temuduga. 

Temuduga kali ini Bunga pergi sendirian memandangkan Bunga sudah biasa dengan Shah Alam dan ada saudara yang boleh ditumpang. Jadi, tidak perlu susahkan kedua ibubapa. Walaubagaimanapun, Bunga terpaksalah korbankan wang ringgit untuk terbang ke sana memandangkan cuti Bunga telahpun habis. huhuhu... Namun begitu, Bunga bersyukur sebab proses temuduga berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Sangat diluar jangkaan kerana penemuduga sangat-sangat mesra dan tidak banyak songeh sebagaimana cerita-cerita mereka sebelum ni. Syukur kerana Allah lembutkan hati mereka. Walaubagaimanapun, sebgaimana di Perlis, keputusannya hanya Allah yang tahu. Walaupun proses temuduga berjalan lancar, jauh disudut hati para penemuduga, hanya Allah yang tahu dan sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah. Bunga serta kedua ibubapa hanya mampu berdoa.

Alang-alang Bunga dah sampai KL, Bunga mengambil peluang untuk menziarahi seorang sahabat  di Negeri Sembilan yang telah terlibat dalam kemalangan (mangsa ragut) pertengahan bulan Ramadhan baru-baru ini. Syukur sangat ke hadrat Ilahi kerana beliau sudah beransur pulih. Semoga Allah S.W.T memberikan petunjuk dan hidayah kepada orang yang terlibat. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Pulang dari KL, tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk Bunga bersiap sedia untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar di USM Kelantan. Dalam kelam-kabut dengan kerja memandangkan pada ketika ini kami baru memulakan data collection, Alhamdulillah segalanya dapat berjalan dengan lancar. Semuanya dapat diselesaikan walau banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam satu masa. Mungkin keadaan ini dapat mendidik Bunga menjadi lebih cekap dalam menjalankan tanggungjawab.

 

Dan kini, Bunga telahpun bergelar siswazah dan telah pun seminggu menghadiri kelas. Alhamdulillah, setakat ini segalanya masih berada dalam keadaan yang baik walaupun agak banyak terminologi perubatan yang Bunga sukar untuk fahami. Inilah jadinya bila budak Math menceburi bidang Medic.. hehe.. Kelakar atau tidak, Bunga amat merindui saat-saat bersama calculator. kalau dulu, pejam mata pun boleh tekan claculator, tapi sekarang tekan sambil tengok pun asyik tersilap jer. huhu... Seriously, Bunga amat merindui saat-saat memerah otak mencari solution Calculus. Walaubagaimanapun, InsyaAllah Bunga akan lebih berusaha dan terus berusaha agar mampu mencapai yang terbaik. Amin..

0 comments:

Post a Comment