Pages

Sunday, December 30, 2012

Solah

Bismillahirrahmanirrahim....

While surfing instead of studying though the exam just one week to go, i've found this:-

Jalankan 8 solat dalam sehari dengan konsisten:

1. Solat Subuh
2. Solat Sunat Dhuha
3. Solat Zohor
4. Solat Asar
5. Solat Maghrib
6. Solat Isyak
7. Solat Sunat Taubat/Hajat
8. Solat Sunat Tahajjud 


Allah, I really want to be an ummah that consistent doing this....

~~Kuatkanlah imanku, tingkatkanlah imanku...~~

Let's start slowly....

1- Berusaha untuk solat di awal waktu.. Jangan berlengah, disiplinkan diri..
2- Cuba cari kesempatan untuk Dhuha..
3- Belajar tidur awal (jam 10 mlm) dan cuba bangun jam 12 mlm...
4- Cuba tingkatkan kekerapan..
5- Niat yang ikhlas kerana Allah, pasti akan dapat melawan segala kekangan... InsyaAllah...

Pernah seorang Ustaz berkata, "Bukan kuantiti ibadah yang dikira, tetapi konsisten dalam beribadah itu lebih penting..."
 


Monday, December 24, 2012

Kisah IELTS...

 Bismillahirrahmanirrahim....

2 weeks ago (24th Nov 2012), Bunga da attend pun exam IELTS... Alkisahnya begini:

Dengan penuh debaran yang teramat, Bunga masuk melangkah ke dalam bilik exam... Bunga sendiri pun tak tahu kenapala nervous sangat hari tu. Mungkin memikirkan yurannya yang mahal, maka kalau Bunga kena repeat balik, alamat makin mengecil la amaun dalam buku bank Bunga...
 
Ok, untuk exam ni, kita tidak akan dibenarkan membawa masuk apa-apa barang, mahupun alat tulis melainkan kad pengenalan kita sahaja. Bila Bunga duduk jer atas kerusi dalam bilik beraircond yang sangat sejuk tu,satu benda yang mengejutkan Bunga ada di atas meja. Alat tulis yang disediakan hanyalah sebatang pensil dan satu pemadam. Tapi bukan itu yang mengejutkan Bunga.. Yang Bunga terkejut adalah, pensil yang disediakan adalah seperti ini:


waaaa.... ni pensil zaman sekolah rendah ni... dah lama tak main tarik tekan tarik tekan.... hehehehehe....:D
p/s: gambar tak cantek sebab Bunga tak perasan setting camera telah diubah oleh askar2 di rumah... :(

Lepas tu, kami (kesemua calon) terus diberikan sedikit taklimat sebelum kertas jawapan diedarkan. Kemudian, sedikit taklimat lagi berkenaan cara menulis jawapan pada kertas jawapan sebelum kertas soalan diberikan.... Lepas itu, kertas soalan diedarkan dan lagi sekali taklimat diberikan sebelum kami dobenarkan membuka kertas soalan... tepat jam 8 pagi, peperiksaan bermula... mula-mula listening test.. lepas tu reading, kemudian writing... ketiga-tiga ujian ni dijalankan berturut-turut tanpa rehat.... tamat sahaja listening test, kami hanya sempat bernafas 3 kali sebelum readingn test bermula.. samalah juga ketika gap antara reading dan writing test.... So, dinasihatkan anda menyelesaikan hajat terlebih dahulu sebelum ujian bermula... percayalah, masa yang diberikan untuk menjawab soalan amatlah berharga sehinggakan anda tidak akan sanggup mengangkat kepala sekali pun..... (satu nasihat dari manusia yang tak pandai bahasa inggeris... hehehehe...)

Ok, listening test berlalu dengan sangat sadis, begitu juga dengan reading test.... entah kenapa, sangat susah nak fokus listening test tu... reading pun lebih kurang.. terasa masa yang diberikan tidak cukup untuk Bunga membaca beribu-ribu patah perkataan yang sukar tu... topik yang digunakan juga sangat complicated... mungkin juga Bunga sangat-sangat nervous hari tu... Actually, Bunga sangat risau sekiranya result yang akan Bunga perolehi tidak menepati kriteria yang disyaratkan oleh TPM.... Ye lah, kalau nak amik balik IELTS ni, kena bayar yuran yang sangat mahal tu, n kena travel jauh lagi nk amik exam... sangatlah tidak sanggup... yer, nervous tu menjadi salah satu penyebab Bunga sukar untuk fokus hari tu... plus, xder experience  sebelum ni, plus kurang latihan, plus Bunga punya English memang xleh pakai... huhuhu....

Tp, untuk writing dengan speaking, Alhamdulillah, Bunga boleh buat dengan lancar... Tapi, ends up, result untuk semua jenis test tu samer jer.... cumer speaking jer tinggi sket dr yang lain.... hahahahahahahahahahahahaha....

Tapi walaubagaimanapun, Bunga bersyukur sangat sebab Bunga melepasi kriteria yang dikehendaki oleh UiTM untuk biasiswa TPM tu...  Alhamdulillah, walaupun tak tinggi (macam empunya badan), tp melebihi syarat yang ditetapkan... yippeeee..... so, bolehla Bunga teruskan dengan mengisi borang perjanjian....(^_^)


~~Thank You Allah~~