Pages

Sunday, June 30, 2013

Miss Chapa

Bismillahirrahmanirrahim....

Sekian lama tak berkunjumg ke sini, kini berkesempatan akhirnya.. Alhamdulillah, setahun sudah Bunga bergelar mahasiswi di USM. Walaupun perit terasa jika dibandingkan dengan ketika berada di peringkat ijazah, namun Bunga masih bertahan. Ternyata lebih tekanan, dan lebih cabaran.. Walaupun hasil yang diperolehi tetap tidak seperti yang diharapkan, but I have to keep moving forward... Jalan di depan masih ada..

A friend said, "Kan dah usaha dan bertawakkal pada Allah.. So, tak perlu fikir lagi.. Terima rezeki yang Dia bagi dengan hati yang terbuka.." Thanks Allah for giving me this understanding friend besides me at this moment.

Baru jer semalam Bunga bagitahu kat member, "Bila kita ditimpa kesedihan, kita akan beremosi dan menyebabkan kita tidak dapat berfikir dengan lebih rasional dan positif.. Sebab tu lah Allah jadikan manusia ni hidup berkawan dan berkelompok.. Orang lain akan cuba memahami dan akan cuba berfikir dan memberikan idea-idea yang menenangkan dan lebih positif. Paling tidak, akan cuba memberikan kata-kata semangat agar kita lebih tenang seterusnya mampu berfikir dengan lebih baik.. Itulah gunanya sahabat dan mereka-meraka disekeliling kita.."

Dan hari ini, Bunga dapat rasai kata-kata yang Bunga lafazkan tu pada diri Bunga sendiri.. Sedikit ketenangan dapat dirasai.. Terima kasih Ya Allah....

So, jangan sesekali kata "Dia bolehlah cakap macam tu sebab dia tak tahu apa yang kita rasa.. Dia tak berada ditempat kita..." Jangan kata macam tu, sebab itulah tujuan Allah jadikan kita maanusia saling bergantungan..

Seminggu yang lalu, keputusan posting untuk bakal-bakal guru keluar.. Sememangnya rata-rata bakal guru ditempatkan di timur Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak. Tidak ketinggalan juga beberapa orang sahabat Bunga.. One of them is this beautiful lady that always make others smile and feel appreciated... Sememangnya Bunga sendiri terkejut dan rasa sedih yang teramat sebab lepas ni, takderla orang nak teman Bunga pergi shopping tudung... huk huk huk...

Mula-mula agak emo lah, tapi lepas tu Bunga mula berfikiran waras.. Bukan Bunga yang kena pergi Sabah, so tak payah nak emo sangat yer...

For my this beloved friend, keep smiling and moving forward.. This is your new journey given by Allah.. This is not a new problem, but it is a new adventure. Your job is very precious and your effort will be blessed by Him... Just do it sincerely and nothing's cannot be overcome... Only He knows what is the best for you...

Percaya atau tidak, kawan Bunga yang seorang ni is a very STRONG girl... Sesuailah dengan dirinya yang berstatus Kak Long kan.... Ok, let me introduce her.... ngeeee.... :D

OK, this is her.... cantik kan???? ;)
Ok, this beautiful lady was born on 20th June 1989 berasal dari Bachok, Kelantan.. So, muda lagi.... :-D Bunga kenal dia masa Bunga sekolah kat MRSM Kuala Krai.. Jiran sebelah bilik dekat hostel maser form 4.. Then, kitorang sama-sama duduk dalam 1 dorm masa matrikulasi (Kolej MARA Kulim) sebelum Bunga lari membawa diri ke UiTM Kelantan.. hohoho... But, since she is a very nice person that always appreciate the powerful behind the word "friendship", being apart never make our close knit disappear... Pantang ada peluang, kitorang pasti gather together with the other besties... <3 p="">

Ok, Miss Shafawati Ghazali ni banyak nick name tau... Selain kitorang panggil dia Sha, gelaran lain khas buat si gadis manis ni adalah Kak Wae sempena dirinya yang suka bercakap (sesuailah dengan statusnya kini seorang guru.. ngeee..) dan jugak kadang-kadang kitorang suka juga panggil beliau Miss Chapa... Sesuailah dengan kecomelan dia tu.. hehehehe.. :P

Aper lagi ya nak cerita pasal makcik ni??? Ok, Cik Sha kita ni seorang yang peramah, berani, dan aktif... She love to talk, so xhairanlah dia ni peramah kan?? Sha ni pun seorang yang berkeyakinan diri, so dia memang seorang yang berani dan tidak segan dengan orang.. Dulu-dulu sebelum diri ni matured, Sha lah yang akan jadi tukang tanya itu dan ini bila keluar... Nak tanya surau kat mana pun susah kan... Nasib baik ada Sha... hahahaha.... Hmm, lagi satu, walaupun hakikatnya Sha ni merupakan penghidap asma, tapi kita memang tak akan perasan dan sering terlupa yang kawan kita seorang ni sebenarnya ada asma... Sebabnya, dia seorang yang sangat aktif dan boleh bersukan.. Bagilah sukan apa pun, dia boleh main, ajaklah pegi mana pun, dia boleh join..:)

Ok, tu je lah kot yang nak bagitau pasal adik manis ni.. Kalau nak cerita lagi, mau jadi hikayat 1001 malam pulak kan.. hehehe... For this beloved friends, wish you all the best in your new life (working life) and enjoy your new adventure there.. Samporna, Sabah.. The place where you will gain more experiences, more knowledge.. And it is where you will spread all your knowledge for those kids... Enjoy teacing, enjoy learning, and have fun and chill as it is how you are...

Love,
p/s: alamak, teringat janji Bunga untuk mengumpat pasal Cik Boo kat blog ni... Nanti lah yer Cik Boo, mencari kesempatan dulu... Tak pun, tunggu Cik Boo kita jadi lecturer yang otai dulu... ngeee.... ;)

Sunday, December 30, 2012

Solah

Bismillahirrahmanirrahim....

While surfing instead of studying though the exam just one week to go, i've found this:-

Jalankan 8 solat dalam sehari dengan konsisten:

1. Solat Subuh
2. Solat Sunat Dhuha
3. Solat Zohor
4. Solat Asar
5. Solat Maghrib
6. Solat Isyak
7. Solat Sunat Taubat/Hajat
8. Solat Sunat Tahajjud 


Allah, I really want to be an ummah that consistent doing this....

~~Kuatkanlah imanku, tingkatkanlah imanku...~~

Let's start slowly....

1- Berusaha untuk solat di awal waktu.. Jangan berlengah, disiplinkan diri..
2- Cuba cari kesempatan untuk Dhuha..
3- Belajar tidur awal (jam 10 mlm) dan cuba bangun jam 12 mlm...
4- Cuba tingkatkan kekerapan..
5- Niat yang ikhlas kerana Allah, pasti akan dapat melawan segala kekangan... InsyaAllah...

Pernah seorang Ustaz berkata, "Bukan kuantiti ibadah yang dikira, tetapi konsisten dalam beribadah itu lebih penting..."
 


Monday, December 24, 2012

Kisah IELTS...

 Bismillahirrahmanirrahim....

2 weeks ago (24th Nov 2012), Bunga da attend pun exam IELTS... Alkisahnya begini:

Dengan penuh debaran yang teramat, Bunga masuk melangkah ke dalam bilik exam... Bunga sendiri pun tak tahu kenapala nervous sangat hari tu. Mungkin memikirkan yurannya yang mahal, maka kalau Bunga kena repeat balik, alamat makin mengecil la amaun dalam buku bank Bunga...
 
Ok, untuk exam ni, kita tidak akan dibenarkan membawa masuk apa-apa barang, mahupun alat tulis melainkan kad pengenalan kita sahaja. Bila Bunga duduk jer atas kerusi dalam bilik beraircond yang sangat sejuk tu,satu benda yang mengejutkan Bunga ada di atas meja. Alat tulis yang disediakan hanyalah sebatang pensil dan satu pemadam. Tapi bukan itu yang mengejutkan Bunga.. Yang Bunga terkejut adalah, pensil yang disediakan adalah seperti ini:


waaaa.... ni pensil zaman sekolah rendah ni... dah lama tak main tarik tekan tarik tekan.... hehehehehe....:D
p/s: gambar tak cantek sebab Bunga tak perasan setting camera telah diubah oleh askar2 di rumah... :(

Lepas tu, kami (kesemua calon) terus diberikan sedikit taklimat sebelum kertas jawapan diedarkan. Kemudian, sedikit taklimat lagi berkenaan cara menulis jawapan pada kertas jawapan sebelum kertas soalan diberikan.... Lepas itu, kertas soalan diedarkan dan lagi sekali taklimat diberikan sebelum kami dobenarkan membuka kertas soalan... tepat jam 8 pagi, peperiksaan bermula... mula-mula listening test.. lepas tu reading, kemudian writing... ketiga-tiga ujian ni dijalankan berturut-turut tanpa rehat.... tamat sahaja listening test, kami hanya sempat bernafas 3 kali sebelum readingn test bermula.. samalah juga ketika gap antara reading dan writing test.... So, dinasihatkan anda menyelesaikan hajat terlebih dahulu sebelum ujian bermula... percayalah, masa yang diberikan untuk menjawab soalan amatlah berharga sehinggakan anda tidak akan sanggup mengangkat kepala sekali pun..... (satu nasihat dari manusia yang tak pandai bahasa inggeris... hehehehe...)

Ok, listening test berlalu dengan sangat sadis, begitu juga dengan reading test.... entah kenapa, sangat susah nak fokus listening test tu... reading pun lebih kurang.. terasa masa yang diberikan tidak cukup untuk Bunga membaca beribu-ribu patah perkataan yang sukar tu... topik yang digunakan juga sangat complicated... mungkin juga Bunga sangat-sangat nervous hari tu... Actually, Bunga sangat risau sekiranya result yang akan Bunga perolehi tidak menepati kriteria yang disyaratkan oleh TPM.... Ye lah, kalau nak amik balik IELTS ni, kena bayar yuran yang sangat mahal tu, n kena travel jauh lagi nk amik exam... sangatlah tidak sanggup... yer, nervous tu menjadi salah satu penyebab Bunga sukar untuk fokus hari tu... plus, xder experience  sebelum ni, plus kurang latihan, plus Bunga punya English memang xleh pakai... huhuhu....

Tp, untuk writing dengan speaking, Alhamdulillah, Bunga boleh buat dengan lancar... Tapi, ends up, result untuk semua jenis test tu samer jer.... cumer speaking jer tinggi sket dr yang lain.... hahahahahahahahahahahahaha....

Tapi walaubagaimanapun, Bunga bersyukur sangat sebab Bunga melepasi kriteria yang dikehendaki oleh UiTM untuk biasiswa TPM tu...  Alhamdulillah, walaupun tak tinggi (macam empunya badan), tp melebihi syarat yang ditetapkan... yippeeee..... so, bolehla Bunga teruskan dengan mengisi borang perjanjian....(^_^)


~~Thank You Allah~~

Wednesday, November 14, 2012

BIla dah dapat satu, biasanya ada yang lain menyusul...

Bismillahirrahmanirrahim.....

Agak lama tak mengarang entry dek kesibukan yang agak melampau.... Ya, sering tidak pandai mencari kesempatan.... Sigh.....

Sibuk dengan kelas, assignment yang selalu disiapkan di akhir waktu, kerja, preparation IELTS, dan borang-borang utk agreement scholar y terrrrsangat banyak, dan of course masa untuk diri sendiri serta keluarga yang paling banyak bahagiannya.... hehe...

Musim cuti sekolah ni, banyak undangan perkahwinan dari rakan-rakan.... Seronoknya membina badan di kenduri orang... hehehe....

Tapi, apa yang nak dikongsikan di sini adalah berkenaan rezeki Allah S.W.T.... sebelum memulakan pengajian, pantang ada peluang untuk memohon biaya pelajaran, semuanya disambar dengan penuh pengharapan... Paling tidak, biarlah salah satu melekat... Bila dipanggil temuduga (UiTM Perlis & Shah Alam), mula bersengkang mata menelaah dan berlatih dengan harapan tiada kegagapan mahupun kegugupan diwaktu sesi temuduga...

Dan kini, segala usaha membuahkan hasil bila impian yang dipendam sejak bertahun-tahun menjadi kenyataan.... Surat tawaran Biasiswa TPM UiTM Perlis tiba di halaman kami sebulan yang lalu.... Memang syukur dan gembira bukan kepalang.... Khabar dari sana yang menyatakan bahawa Biasiswa TPM dari Fakulti (Shah Alam) akan dibatalkan memandangkan penerima biasiswa tidak akan berulang memberikan sedikit kelegaan kerana tidak perlu risau untuk memilih....

Minggu lepas, pihak MARA menyampaikan satu berita gembira kerana permohonan pinjaman bolehubah yang dipohon telah diluluskan.... Sedikit gembira.. Namun, sudah pasti ianya ditolak memandangkan sudah ada yang lebih baik (InsyaAllah) sedang menanti....

Namun, beberapa hari yang lalu, satu surat telah menyapa inbox Gmail... (p/s: nak tulis peti masuk sebagai inbox, tapi rasa macam lucu pulak... kekekek...) Dari Fakulti Sains Komputer UiTM!!!! Alhamdulillah, satu lagi tawaran TPM UiTM dari fakulti.... Ternyata, khabar sebelum ini salah... Dan diri mula berada dalam keadaan dilema untuk memilih.. Walaupun ianya adalah biasiswa yang sama, perbezaan bidang dan tempat sedikit menjadi isu..... Namun, syukur Alhamdulillah.... Kekeliruan dalam memilih tidak lama... Setelah berbincang dengan keluarga dan sahabat, TPM Perlis nekad dipilih...


Hari ini, sekali lagi inbox Gmail diperiksa.... Alhamdulillah.... satu lagi tawaran diperoleh... Tajaan MyMaster (MyBrain15) dari KPT (Kementerian Pengajian Tinggi)... Walaupun hati sudah pasti untuk menolak, rasa gembira mendapat tawaran tetap ada....

Walaupun, hanya satu diperlukan manakala yang lain perlu ditolak, paling tidak semua permohonan mendapat maklumbalas yang positif.. Almaklumlah, perasaan kita ditolak jauh berbeza dengan bagaimana rasanya jika kita yang menolak... Rasa sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang untuk diri ini merasa gembira...

Tuesday, October 23, 2012

Another "pembaziran"

Bismillahirrahmanirrahim.....

Hello guys.... Wanna show my new tablet..... Yipppeeeyyyy....!!!!
Why is it so hard to find gadgets with lilac (soft purple) in color???? Instead of white, I take the soft pink to match the purple case ---> my mom's advice.... I wanna take the white one, but my mom said the pink one match better.... Ok Ummi..... :D
Is this a type of waste??? Depends on the function right?? So, I'll make sure that it will not be a wasteful thing.... ngeeeee ;)
 

Monday, October 22, 2012

Terima kasih Ya Allah....


Bissmillahirrahmanirrahim...

Yeay, da masuk bulan Oktober.... Kenapa ye Bunga excited sangat ni??? hehehehe.... Sebab, hujung bulan ni, genaplah Bunga berusia 24 tahun... Cakap pasal umur tu lain kali la eh... kali ni Bunga nak cerita pasal sesuatu yang sudah lama Bunga impikan, dan kini telah pun menjadi kenyataan.. Apa tu??? jeng... jeng... jeng....

Terlebih dahulu, Bunga ingin panjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dan izinNya, impian Bunga selama ini dapat dipenuhi... Sesungguhnya, rezeki yang kita perolehi, tidak lain tidak bukan datang dari Allah S.W.T..

Ingat lagi tak sebelum ni Bunga pernah cerita tentang temuduga biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM di Perlis dan Shah Alam? Kalau tak ingat, tengok kat sini yer.... 

Alhamdulillah, tanggal 11 Oktober 2012 (Khamis) baru-baru ini, Bunga dimaklumkan oleh ibu Bunga bahawa Bunga ada surat dari UiTM Perlis yang mengatakan Bunga telah ditawarkan biasiswa TPM....Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa gembiranya Bunga pada ketika itu... Bunga impikan biasiswa TPM ni sejak dari Bunga di Diploma dan Alhamdulillah, kini impian Bunga jadi kenyataan. Syukur sangat.... Saat itu, terasa air mata ini ingin mengalir dek kerana kegembiraan dan syukur yang tidak terhingga... Tp nasib baik duk kat opis masa tu... hehehe...
Walaupun kedua-dua sesi temuduga (Perlis & Shah Alam) adalah temuduga yang berlainan, tetapi memandangkan kedua-duanya adalah jenis biasiswa yang sama dan di bawah company yang sama, maka Bunga hanya akan ditawarkan oleh salah satu sahaja. So, ini bermakna Bunga tidak perlu tertanya-tanya lagi kalau-kalau Shah Alam akan menawarkan biasiswa yang sama....:) Keputusan memang muktamad untuk menerima biasiswa dari UiTM Perlis...

Walaubagaimanapun, Bunga ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua ibu bapa Bunga, kerana tidak putus-putus mendoakan kejayaan Bunga... Kepada mereka, Bunga luahkan betapa Bunga inginkan biasiswa ni demi mengejar impian melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seterusnya mencapai cita-cita menceburkan diri di bidang pendidikan..

Kepada semua rakan-rakan yang turut mendoakan Bunga, Bunga ucapkan berbanyak terima kasih... Sesungguhnya Bunga amat menghargainya....

Cewaahhh.... bajet tengah bagi ucapan plak... kui3.....:D

Tapi, lepas dapat biasiswa ni, Bunga ingat boleh teruskan belajar smbil goyang kaki... Rupanya, banyak sangat prosedur yang perlu Bunga lakukan... Banyaknya borang yang perlu diisi, dan ujian IELTS perlu diambil.... Kos untuk test pun dah RM590, belum lagi kos perjalanan memandangkan test venue ni hanya ada di beberapa buah negeri sahaja... Puas Bunga mecari sesiapa yang nak amik test ni untuk dijadikan teman.. Tapi, kebanyakan mereka masih belum bersedia untuk test ni, sedangkan Bunga perlu selesaikannya secepat mungkin... Terpaksalah Bunga mendaftar dan ambil test ni sendirian... Nak cari orang yang sanggup jadi penjamin pun agak memeningkan kepala... Semua ni perlu diselesaikan bersama-sama dengan assignment yang menimbun beserta kerja-kerja di pejabat...

Apa sekalipun, Ummi cakap, bukan senang nak senang... Setiap sesatu memang ada cabaran dan halangan yang perlu kita tempuhi...

Ya, hidup Bunga selama ini pun penuh dengan cabaran, malah jauh lebih mencabar dari melengkapkan segala macam borang ni serta menduduki peperiksaan IELTS seorang diri... Untuk dapat apa yang kita impikan sememangnya bukan perkara yang senang... Kadang-kadang, Bunga terfikir alangkah seronoknya bila melihat rakan-rakan yang bagaikan dilahirkan untuk tidak mempuyai masalah sejak kecil... Rasa teringin untuk merasai hidup tanpa kesedihan dan kehilangan... Tapi Bunga sedar, Allah S.W.T. akan memberikan ujian kepada hambaNya sesuai dengan kemampuannya... So, seharusnya Bunga bersyukur kerana Allah S.W.T. telah memilih Bunga dan keluarga Bunga sebagai insan yang mampu menghadapi ujianNya... Syukran ya Allah...

Ada beberapa rakan yang mengucapkan tahniah dan mengatakan rezeki Bunga murah... Terima kasih Bunga ucapkan, dan diharapkan kalian terus mendoakan Bunga dimurahkan rezeki olehNya... Bunga juga mendoakan semua sahabat Bunga dimurahkan rezeki olehNya... Bunga harap sangat semua sahabat Bunga cepat-cepat dapat kerja dan mencapai impian masing-masing...

Amin...



Thursday, September 27, 2012

My new addiction

Bismillahirrahmanirrahim...

Just wanna share my new addiction....
A new magazine.....hehehe.....

For those who love to read, it's a great Islamic magazine... Very interesting to read and lots of information... So, what are you waiting for?? With just RM9.00 per month, we could increase the knowledge for the hereafter.... InsyaAllah....